BERITA Alor Setar (05 Januari 2026) – Mesyuarat Pra-Pembinaan Projek Pengawalan Hakisan Pantai Di Kg. Sg. Pial Sehingga Ke Kg. Tanjung Dawai, Daerah Kuala Muda, Kedah telah berlangsung pada 05 Januari 2026 (Isnin) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, JPS Negeri Kedah. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Tuan Pengarah JPS Negeri Kedah, Ir. Ahmad Solihin Bin Budarto, dan dihadiri oleh wakil Bahagian Pengurusan Zon Pantai, JPS Malaysia, Ketua Penolong Pengarah (BPSPP) JPS Negeri Kedah, Jurutera Daerah JPS Kuala Muda/ Sik/ Baling, serta pihak kontraktor, Pembinaan Ismail Sdn Bhd. Skop utama projek ini merangkumi perlindungan pantai melalui pembinaan benteng batu (rock revetment) dan groyne, penyuburan pasir pantai, serta penambahbaikan sistem saliran dan kerja-kerja mengorek kelodak.Projek ini akan dijalankan selama 28 bulan dan secara rasminya bermula pada 14 Januari 2026.
MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANTAUAN PROGRAM PEMBANGUNAN (JPPP) BIL 4/2025
BERITA LANGAWI (16 Disember 2025) – JPS Kedah telah menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Program Pembangunan (JPPP) JPS Malaysia Bil 4/2025 pada 16 hingga 17 Disember 2025 bertempat di Langkawi, Kedah. Mesyuarat JPPP Bil 4/2025 ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Ir. Haji Mohd Azmin bin Hussin, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Bisnes) JPS Malaysia dan telah dihadiri oleh Pengarah-Pengarah Bahagian dan Pengarah-pengarah Negeri.
LAWATAN PROJEK RANCANGAN TEBATAN BANJIR (RTB) KUALA SUNGAI
BERITA ALOR SETAR (30 September 2025) – YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah telah mengadakan lawatan kerja ke tapak Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Titi Kuala Sungai yang melibatkan kawasan Sungai Kedah/Anak Bukit Pakej 2 pada 30 September 2025. Lawatan ini bertujuan meneliti perkembangan semasa projek berkenaan, khususnya dari aspek keselamatan serta keberkesanan pelaksanaan dalam usaha mengurangkan risiko banjir yang boleh menjejaskan kesejahteraan penduduk setempat. Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Dato’ Haji Mohd. Fauzi Mustaffa, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan); YB Dato’ Salleh Saidin, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan; YB Dato’ Mohammad Yusoff @ Munir Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar; YB Rashidi Razak, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Anak Bukit; serta YB Dr. Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi, Ahli Parlimen Kuala Kedah. Projek ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan Negeri Kedah bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kedah dalam memperkukuh infrastruktur saliran serta mengurangkan impak banjir di kawasan yang terlibat.
PENGAUDITAN BERTEMAKAN PERUBAHAN IKLIM BAGI PENGURUSAN PROGRAM MITIGASI BANJIR
BERITA ALOR SETAR (09 September 2025) – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Kedah telah menerima kunjungan daripada pihak Jabatan Audit Negara (JAN) bagi pelaksanaan Pengauditan Bertemakan Perubahan Iklim khususnya dalam aspek Pengurusan Program Mitigasi Banjir. Mesyuarat pengauditan ini telah dipengerusikan oleh Penolong Pengarah Kanan Korporat, Ir. Armizan bin Ariffin serta turut dihadiri oleh Penolong Pengarah Kanan Kejuruteraan, Penolong Jurutera Daerah Kubang Pasu/Padang Terap, Jurutera Projek dan pegawai-pegawai daripada Jabatan Audit Negara. Seusai sesi perbincangan, pihak JAN bersama JPS telah mengadakan lawatan fizikal projek ke tapak-tapak projek terlibat iaitu: RTB Bandar Jitra Selatan RTB Sungai Pendang (Pakej 1 dan Pakej 2) RTB Sungai Kedah/Anak Bukit Program pengauditan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan bagi memastikan pelaksanaan projek mitigasi banjir mencapai objektif, berkesan serta selaras dengan keperluan semasa perubahan iklim.
AUDIT PERJAWATAN DAN ORGANISASI (AKPO) BAGI AGENSI/JABATAN DI BAWAH SELIAAN PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN
BERITA ALOR SETAR (09 September 2025) – Audit Perjawatan dan Organisasi (AKPO) bagi agensi/jabatan di bawah seliaan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah diadakan pada 9 September 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat JPS Negeri Kedah. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Pengarah JPS Negeri Kedah, Ir. Ahmad Solihin bin Budarto. Turut hadir, Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Puan Sharhida Nazuha binti Saad, bersama-sama Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Perkhidmatan), Penolong Setiausaha Kerajaan (Pembangunan Organisasi), Timbalan Pengarah Operasi JPS Kedah, Penolong Pengarah Kanan (Khidmat Pengurusan) JPS Kedah, pegawai-pegawai JPS Negeri Kedah serta pegawai-pegawai dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia. Pelaksanaan AKPO ini adalah bertujuan untuk menilai, menambah baik serta memastikan keberkesanan pengurusan organisasi dan perjawatan di agensi/jabatan di bawah seliaan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.
Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Kedah Sempena Sukan Dwi Tahunan
BERITA ALOR SETAR (08 September 2025) – Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Kedah Sempena Sukan Dwi Tahunan Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Kali Ke-17 yang akan berlangsung pada 19 hingga 21 September 2025 di Pulau Pinang telah disempurnakan oleh YB Dato’ Wira Haji Syed Khairol Anuar bin Syed Abidin, Pegawai Kewangan Negeri Kedah. Majlis turut dihadiri oleh Pengarah JPS Negeri Kedah, Tuan Ir. Ahmad Solihin bin Budarto serta Timbalan Pengarah (Operasi), Encik Mohd Nazaruddin bin Ghazali yang memberikan sokongan dan semangat kepada para atlet.Seramai 120 orang atlet JPS Kedah akan menyertai kejohanan ini. Selamat maju jaya diucapkan kepada seluruh kontinjen, semoga pulang dengan membawa kejayaan cemerlang.