BERITA Baling (5 Februari 2026) – Kelab Sukan Ibu Pejabat (KESKIP) JPS Negeri Kedah telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Projek Pembinaan Infrastruktur SABO di Lembangan Sungai Kupang, Baling, Kedah. Lawatan ini bukan sekadar tinjauan biasa, tetapi satu sesi penghargaan kerana projek reka dan bina ini telah berjaya disiapkan SETAHUN LEBIH AWAL daripada tarikh jadual asal! Ahli-ahli KESKIP berpeluang melihat sendiri hasil kejuruteraan struktur SABO yang kini sedia berfungsi sepenuhnya untuk mengurangkan risiko bencana aliran puing (debris flow) di kawasan ini. Pencapaian menyiapkan projek mendahului jadual ini membuktikan komitmen tinggi dan pengurusan projek yang efisien oleh semua pihak yang terlibat. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada warga JPS Kedah dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
JPS KEDAH PASANG 3 UNIT PAM BERGERAK DI POKOK SENA BANTU PESAWAH HADAPI KEMARAU
BERITA Alor Setar (18 Januari 2026) – Demi memastikan kelangsungan tanaman padi sewaktu musim kemarau ini, pasukan teknikal dari Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal (BPME) JPS Kedah telah berjaya menyiapkan pemasangan pam air tambahan di Kampung Nawa Budi, Pokok Sena. Pada petang 15 Januari 2026, seramai 8 anggota kami telah mengerah keringat memasang: 1 unit pam berkapasiti tinggi 5 cusec (140 liter/s). 2 unit pam 2.5 cusec (70 liter/s). Kesemua unit ini kini berada dalam status KESIAPSIAGAAN PENUH untuk beroperasi pada bila-bila masa bagi menyalurkan air ke kawasan sawah yang terjejas. Komitmen kami adalah untuk memastikan pekebun dan pesawah mendapat bekalan air yang mencukupi.
MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN (JKPAK) JPS KEDAH BIL. 4/2025
BERITA Alor Setar (7 Januari 2026) –Telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) JPS Kedah Bil. 4/2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, JPS Kedah. Sesi ini telah dipengerusikan oleh Tuan Pengarah JPS Kedah, Ir. Ahmad Solihin bin Budarto, serta dihadiri oleh Timbalan Pengarah Kejuruteraan, Ketua-ketua Bahagian, dan Jurutera-jurutera Daerah. Fokus utama mesyuarat adalah bagi membentangkan Laporan Suku Tahun Peruntukan yang merangkumi Perolehan Aset Alih, Aset Hidup, Aset Tak Ketara, serta Stok Kerajaan. Pemantauan berkala seperti ini amat penting bagi memastikan setiap aset negara diuruskan dengan sistematik dan mematuhi piawaian yang ditetapkan.
MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKAUN (JPKA) JPS KEDAH BIL. 4/2025
BERITA Alor Setar (7 Januari 2026) – Telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan Dan Akaun (JPKA) JPS Kedah Bil. 4/2025 yang bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, JPS Kedah. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Tuan Pengarah JPS Kedah, Ir. Ahmad Solihin bin Budarto ini bertujuan meneliti dan membincangkan laporan prestasi kewangan serta akaun jabatan bagi tempoh berakhir 31 Disember 2025. Kehadiran barisan Timbalan Pengarah, Ketua-ketua Bahagian, dan Jurutera Daerah membuktikan komitmen jitu JPS Kedah dalam memastikan setiap peruntukan diuruskan dengan telus dan berintegriti demi kesejahteraan rakyat.
MESYUARAT PRA-PEMBINAAN PROJEK PENGAWALAN HAKISAN PANTAI DI KG. SG. PIAL SEHINGGA KE KG. TANJUNG DAWAI, DAERAH KUALA MUDA, KEDAH
BERITA Alor Setar (05 Januari 2026) – Mesyuarat Pra-Pembinaan Projek Pengawalan Hakisan Pantai Di Kg. Sg. Pial Sehingga Ke Kg. Tanjung Dawai, Daerah Kuala Muda, Kedah telah berlangsung pada 05 Januari 2026 (Isnin) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, JPS Negeri Kedah. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Tuan Pengarah JPS Negeri Kedah, Ir. Ahmad Solihin Bin Budarto, dan dihadiri oleh wakil Bahagian Pengurusan Zon Pantai, JPS Malaysia, Ketua Penolong Pengarah (BPSPP) JPS Negeri Kedah, Jurutera Daerah JPS Kuala Muda/ Sik/ Baling, serta pihak kontraktor, Pembinaan Ismail Sdn Bhd. Skop utama projek ini merangkumi perlindungan pantai melalui pembinaan benteng batu (rock revetment) dan groyne, penyuburan pasir pantai, serta penambahbaikan sistem saliran dan kerja-kerja mengorek kelodak.Projek ini akan dijalankan selama 28 bulan dan secara rasminya bermula pada 14 Januari 2026.
MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANTAUAN PROGRAM PEMBANGUNAN (JPPP) BIL 4/2025
BERITA LANGAWI (16 Disember 2025) – JPS Kedah telah menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Program Pembangunan (JPPP) JPS Malaysia Bil 4/2025 pada 16 hingga 17 Disember 2025 bertempat di Langkawi, Kedah. Mesyuarat JPPP Bil 4/2025 ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Ir. Haji Mohd Azmin bin Hussin, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Bisnes) JPS Malaysia dan telah dihadiri oleh Pengarah-Pengarah Bahagian dan Pengarah-pengarah Negeri.