BERITA ALOR SETAR (9 Mac 2025) – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Kedah telah menganjurkan Bengkel Sistem Pengurusan Prestasi (MyPerformance) dan Sasaran Kerja Utama (SKU) pada 9 Mac 2025 bertempat di Dewan Persidangan, Tingkat 12, Bangunan Sultan Abdul Halim. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah (Operasi), En. Nazaruddin bin Ghazali, yang dalam ucapannya menekankan kepentingan sistem pengurusan prestasi yang efektif bagi memastikan setiap individu dan bahagian di JPS Kedah dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Taklimat bengkel telah disampaikan oleh En. Hafizy, bertujuan memperkukuh pemahaman peserta mengenai elemen-elemen dalam MyPerformance. Selain itu, bengkel ini turut membimbing peserta dalam penyediaan serta kajian semula SKU, agar selari dengan peranan, fungsi, dan objektif terkini Jabatan, serta memastikan setiap SKU individu dan Seksyen dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Bengkel ini dihadiri oleh Timbalan Pengarah (Kejuruteraan), pegawai-pegawai kanan, Jurutera Daerah, Penolong Jurutera Daerah, serta pegawai dari bahagian dan daerah JPS Kedah.
PROGRAM KEROHANIAN JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI KEDAH
BERITA ALOR SETAR (27 FEBRUARI 2025) – Dalam usaha menyemarakkan kedatangan bulan Ramadan yang mulia, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Kedah telah mengadakan Program Kerohanian pada 27 Februari 2025 (Khamis) bertempat di pejabat JPS Negeri Kedah. Program dimulakan dengan Bacaan Yasin yang dipimpin oleh Timbalan Pengarah Operasi JPS Kedah, Tuan Mohd Nazaruddin bin Ghazali, diikuti dengan ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Zulfahmi Zamzam bin Md. Ishak dari Pusat Pengajian Darul Hadis. Selain pengisian rohani, program ini juga turut menyediakan pemeriksaan mata oleh Leeyana Optometry Alor Setar, sebagai usaha menjaga kesejahteraan kesihatan warga kerja JPS. Program ini dihadiri oleh pegawai-pegawai JPS Negeri Kedah dengan tujuan memperkukuhkan persediaan rohani dalam menyambut Ramadan serta mempereratkan ukhuwah sesama warga kerja. Semoga program seperti ini terus menjadi amalan untuk manfaat bersama. Terima kasih kepada semua yang terlibat!
MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANTAUAN PROGRAM PEMBANGUNAN (JPPP) PERSEKUTUAN DAN JPS KEDAH BIL 2/2025
BERITA ALOR SETAR (26 FEBRUARI 2025) – Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Program Pembangunan (JPPP) Persekutuan dan JPS Kedah Bil 2/2025 telah diadakan pada 26 Februari 2025 di Bilik Mesyuarat Utama, JPS Kedah. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Tn. Pengarah JPS Kedah, Ir. Ahmad Solihin Bin Budarto dan dihadiri oleh Timbalan Pengarah (Operasi), Timbalan Pengarah (Kejuruteraan), Ketua-ketua Bahagian, Jurutera-Jurutera Daerah di JPS Kedah. Mesyuarat ini membincangkan status kemajuan projek dan prestasi bulanan kemajuan perbelanjaan peruntukan pembangunan Persekutuan dan Negeri.
MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANTAUAN PROGRAM PEMBANGUNAN (JPPP) AP 182 BIL 1/2025
BERITA LANGKAWI (19 FEBRUARI 2025) – JPS Kedah telah menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Program Pembangunan (JPPP) AP 182 JPS Malaysia Bil 1/2025 pada 19 hingga 20 Februari 2025 bertempat di Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi, Kedah. Mesyuarat JPPP AP 182 Bil 1/2025 ini telah dipengerusikan oleh Dato’ Ir. Rozman bin Mohamad, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Pakar) JPS Malaysia dan telah dihadiri oleh Pengarah-Pengarah Bahagian, Pengarah-pengarah Negeri, Jurutera Projek dan agensi pemilik secara hybrid.
LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI PETRA KE PROJEK RTB SUNGAI PENDANG PAKEJ 1, KEDAH DI PENDANG, KEDAH
BERITA [smartslider3 slider=”4″]PENDANG (21 JANUARI 2025) – Yang Berhormat Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), telah melawat Projek RTB Sungai Pendang Pakej 1 di Kedah Darul Aman. Lawatan ini bertujuan untuk menilai perkembangan projek yang kini telah mencapai tahap 73.7% kemajuan fizikal. Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah YBhg. Dato’ Ir. Rozman bin Mohamad, Timbalan Ketua Pengarah Sektor Pakar JPS Malaysia; Ir. Ahmad Solihin bin Budarto, Pengarah JPS Negeri Kedah; dan Timbalan Pengarah Bahagian Banjir JPS Malaysia.
MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANTAUAN PROGRAM PEMBANGUNAN (JPPP) PERSEKUTUAN DAN JPS KEDAH BIL 1/2025
BERITA Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Program Pembangunan (JPPP) Persekutuan dan JPS Kedah Bil 1/2025 telah diadakan pada 13 Januari 2025 di Bilik Mesyuarat Utama, JPS Kedah. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Tn. Pengarah JPS Kedah, Ahmad Solihin Bin Budarto dan dihadiri oleh Timbalan Pengarah (Operasi), Ketua-ketua Bahagian, Jurutera-Jurutera Daerah dan Pejabat Projek Persekutuan di JPS Kedah. Mesyuarat ini membincangkan prestasi kemajuan perbelanjaan peruntukan pembangunan Persekutuan dan Negeri sehingga 31 Dis 2024 serta perancangan kerja bagi Peruntukan Persekutuan dan Negeri tahun 2025.