BERITA ALOR SETAR (19 Mac 2025) – Mesyuarat Pembukaan bagi Pengauditan Pengurusan Pencegahan Hakisan Pantai dan Muara Sungai telah diadakan pada 19 Mac 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, JPS Kedah. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pengarah JPS Kedah, Ir. Ahmad Solihin bin Budarto. Dalam mesyuarat ini, taklimat berkenaan Pengurusan Pencegahan Hakisan Pantai dan Muara Sungai JPS Kedah telah disampaikan oleh Penolong Pengarah Kanan (Korporat) dan Penolong Pengarah Kanan (BPSPP).Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah Pengarah Audit Negeri Kedah, Puan Mazmiza binti Mihat, bersama enam orang pegawai dari Pejabat Audit Negara Negeri Kedah, Timbalan Pengarah (Kejuruteraan) JPS Kedah, Gs. Baharudin bin Ahmad, serta Jurutera Daerah dan Penolong Jurutera Daerah.
BENGKEL PENYELARASAN SISTEM MYPROJEK JPS NEGERI KEDAH
BERITA ALOR SETAR (19 Mac 2025) –Β Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Kedah telah menganjurkan Bengkel Penyelarasan Sistem MyProjek pada 18 hingga 19 Mac 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat JPS Kota Setar/Pendang/Yan. Bengkel ini melibatkan penyertaan pegawai-pegawai dari Ibu Pejabat JPS Kedah serta JPS daerah. Taklimat bengkel telah disampaikan oleh En. Zariman Bin Mohammad Radin, Penolong Pengarah Kanan (Kejuruteraan), yang berkongsi maklumat penting mengenai penyelarasan sistem bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan projek di JPS Negeri Kedah.
MESYUARAT JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (KKP) JPS NEGERI KEDAH BIL. 1/2025
BERITA ALOR SETAR (18 Mac 2025) – Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) JPS Negeri Kedah bil. 1/2025 telah diadakan pada 18 Mac 2025 di Bilik Mesyuarat Utama. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pengarah, Ir. Ahmad Solihin bin Burdarto, dan bertujuan untuk membincangkan langkah-langkah proaktif dalam meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, serta memastikan pematuhan terhadap peraturan dan standard yang ditetapkan bagi melindungi kesejahteraan pekerja di jabatan ini.
MESYUARAT PENGURUSAN JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI KEDAH BIL.1/2025
BERITA ALOR SETAR (18 Mac 2025) – Mesyuarat Pengurusan Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah bil.1/2025 telah diadakan pada 18 Mac 2025 di Bilik Mesyuarat Utama. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pengarah, Ir. Ahmad Solihin bin Burdarto. Tujuan utama mesyuarat ini adalah untuk membincangkan penyelesaian terhadap isu-isu operasi semasa serta merancang strategi yang lebih efektif dalam meningkatkan prestasi, keberkesanan, dan daya saing organisasi, seterusnya memastikan kelancaran pelaksanaan tugas serta pencapaian objektif jabatan.
INSPEKTORAT PEMATUHAN KESELAMATAN PERLINDUNGAN DI JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN (JPS)
BERITA ALOR SETAR (17 Mac 2025) – Inspektorat Pematuhan Keselamatan Perlindungan di Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah diadakan pada 17 Mac 2025 bertempat di Bilik Perbincangan Hidrologi, JPS Kedah. Tiga pegawai dari Pejabat Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) hadir bagi menjalankan pemeriksaan di JPS Kedah. Turut hadir, Timbalan Pengarah (Operasi), En. Mohd Nazaruddin bin Ghazali selaku Pegawai Keselamatan Jabatan (PKJ), serta semua Penolong Pegawai Keselamatan Jabatan (PPKJ) JPS Negeri Kedah yang telah dilantik.
πππππππ ππππππππ ππππ πππππ ππ πππππ ππππ ππππππππ ππππππ ππππππππ ππππ
BERITA YAN (13 Mac 2025) – Delegasi dari Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan (MILT) Jepun yang diketuai oleh Mr. Fumoto Hiroshi, bersama empat wakil syarikat persendirian Jepun, telah mengadakan sesi pembentangan mengenai Pengenalan kepada Pengurangan Risiko Bencana Alam di Jepun kepada Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), YBrs. Dr. Nadzman Bin Mustaffa di Wisma Darul Aman, Alor Setar. Sesi ini turut menampilkan pembentangan mengenai Perancangan Infrastruktur oleh Timbalan Pengarah (Kejuruteraan) JPS Kedah, Gs. Baharudin bin Ahmad, serta taklimat berkenaan Pengurusan Bencana di Malaysia, khususnya di Negeri Kedah oleh pegawai dari Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN). Turut hadir ialah Pengarah Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai (BPLS) JPS Malaysia, Ir. Hajah Norlida binti Mamad @ Samad, bersama wakil dari JPS Kedah, termasuk Pengarah JPS Negeri Kedah, Ir. Ahmad Solihin bin Budarto, Penolong Pengarah Kanan (Khidmat Pengurusan), serta Penolong Pengarah Kanan (Kejuruteraan).Β Sejurus selepas sesi pertemuan, delegasi dibawa melawat tapak Projek Empangan Sabo di Titi Hayun, Yan dan Tupah, Kedah. Lawatan ini bertujuan mendapatkan gambaran lebih terperinci mengenai empangan sabo, khususnya dalam menilai kesan fenomena debris flow serta meneliti keberkesanan pelaksanaan projek dalam mengatasi cabaran ini.Β Projek Empangan Sabo merupakan antara inisiatif mitigasi utama bagi mengawal aliran puing serta mengurangkan risiko bencana banjir dan tanah runtuh di kawasan berisiko tinggi. Lawatan ini juga menjadi platform penting untuk pertukaran ilmu dan teknologi antara Malaysia dan Jepun dalam bidang pengurusan sumber air serta mitigasi bencana alam.