BERITA Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Program Pembangunan (JPPP) Persekutuan dan JPS Kedah Bil 1/2025 telah diadakan pada 13 Januari 2025 di Bilik Mesyuarat Utama, JPS Kedah. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Tn. Pengarah JPS Kedah, Ahmad Solihin Bin Budarto dan dihadiri oleh Timbalan Pengarah (Operasi), Ketua-ketua Bahagian, Jurutera-Jurutera Daerah dan Pejabat Projek Persekutuan di JPS Kedah. Mesyuarat ini membincangkan prestasi kemajuan perbelanjaan peruntukan pembangunan Persekutuan dan Negeri sehingga 31 Dis 2024 serta perancangan kerja bagi Peruntukan Persekutuan dan Negeri tahun 2025.
BACAAN YASIN MINGGUAN JPS NEGERI KEDAH
BERITA ALOR SETAR (06 JANUARI 2025) – Ibu Pejabat Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah telah mengadakan bacaan Surah Yasin mingguan di Bilik Mesyuarat Utama JPS Kedah. Bacaan Yasin Mingguan ini dipimpin oleh Tuan Pengarah JPS Kedah, Tuan Ir. Ahmad Solihin bin Budarto dan disertai oleh pegawai-pegawai di JPS Kedah. Tazkirah ringkas disampaikan oleh Tuan Pengarah sejurus selepas bacaan Yasin tersebut.Semoga seluruh warga JPS Kedah sentiasa dibawah rahmat dan lindungan Allah dalam menjalankan amanah. InsyaAllah Aamiin.