KEPUTUSAN SEBUT HARGA 2025 PEROLEHAN SYARIKAT BERJAYA TIADA REKOD
HARI KELEPASAN AM NEGERI KEDAH TAHUN 2025
PENGUMUMAN SUMBER: PORTAL RASMI NEGERI KEDAH
KEPUTUSAN SEBUT HARGA 2024
KEPUTUSAN SEBUT HARGA 2024 PEROLEHAN SYARIKAT BERJAYA RANCANGAN TEBATAN BANJIR BALING, KEDAH DARUL AMAN: KERJA-KERJA MENAIKTARAF SUNGAI KUPANG (MELEBAR DAN MENDALAM), MENAIKTARAF STRUKTUR LINTASAN, PEMBINAAN BAN DAN KERJA-KERJA BERKAITAN VIEWPLEX (M) SDN. BHD. PERKHIDMATAN PEMBAHARUAN LESEN-LESEN PERISIAN ICT DAN PERKHIDMATAN SOKONGAN TEKNIKAL PLATFORM DATA RAYA SEKTOR AWAM (DRSA), JABATAN DIGITAL NEGARA (JDN) DPM SDN. BHD.
SENARAI NOTIS TENDER/SEBUT HARGA 2025
SENARAI NOTIS TENDER/SEBUT HARGA 2024 TENDER/SEBUTHARGA TARIKH IKLAN TARIKH TUTUP NOTIS SEBUT HARGA KERJA-KERJA MEMBINA TELAGA TIUB DAN KERJA-KERJA BERKAITAN DI KG. HUJUNG BENDANG, KAMPUNG BUKIT POKOK SENA KEDAH (JPS/BPME/(SH)/F/P /MK/01 /25) 17 FEBRUARI 2025 (RABU) JAM 12.00 TENGAH HARI 10 MAC 2025 (ISNIN) JAM 12.00 TENGAH HARI Capaian Dokumen SEBUT HARGA KERJA-KERJA MENAIKTARAF RUMAH PAM JANING DAN KERJA-KERJA BERKAITAN DI DAERAH PADANG TERAP KEDAH DARUL AMAN (JPS/BPME/(SH)/N/P/MK/03/25) 04 FEBRUARI 2025 (SELASA) JAM 12.00 TENGAH HARI 20 FEBRUARI 2025 (KHAMIS) JAM 12.00 TENGAH HARI Capaian Dokumen
MAJLIS PERJUMPAAN DAN AMANAT TUAN PENGARAH JPS KEDAH BERSAMA PEGAWAI & KAKITANGAN JPS KEDAH SERTA PELANCARAN BUKU PELAN ANTI RASUAH JPS
BERITA Majlis Amanat Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Kedah bagi tahun 2025 telah diadakan pada 2 Februari 2025 bertempat di Dewan Seri Mentaloon, Alor Setar, Kedah. Majlis ini telah dihadiri oleh semua pegawai dan kakitangan JPS Negeri Kedah.Majlis dimulakan dengan taklimat berkaitan zakat oleh Pegawai Zakat Negeri Kedah sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan kesedaran berkaitan tanggungjawab zakat dalam kalangan penjawat awam.Acara diteruskan dengan nyanyian lagu kebangsaan Negaraku dan Allah Selamat Sultan , diikuti dengan bacaan doa sebagai pembuka majlis.Sebagai sebahagian daripada usaha membudayakan integriti dalam perkhidmatan awam, satu taklimat khas telah disampaikan oleh Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tuan Syahrul Khuzaini Bin Amiruddin yang menekankan aspek pematuhan undang-undang berkaitan tuntutan palsu (Seksyen 18) serta garis panduan mengenai pemberian dan penerimaan hadiah yang boleh dianggap sebagai rasuah.Dalam majlis ini juga, telah berlangsung pelancaran buku dan tayangan montaj Pelan Anti Rasuah JPS Negeri Kedah yang menjadi panduan kepada semua pegawai dalam memastikan ketelusan dan tadbir urus yang baik dalam jabatan.Sebagai simbolik kepada komitmen untuk memerangi rasuah, seluruh warga JPS Kedah telah bersama-sama melafazkan Ikrar Bebas Rasuah yang diketuai oleh Timbalan Pengarah (Operasi), En, Mohd Nazaruddin bin Ghazali.Kemuncak majlis adalah penyampaian amanat oleh Pengarah JPS Negeri Kedah, Tuan Ir. Ahmad Solihin bin Budarto. Dalam amanatnya, beliau menyampaikan penghargaan kepada seluruh warga JPS Kedah atas dedikasi dan komitmen sepanjang tahun 2024 serta menggariskan hala tuju jabatan bagi tahun 2025. Beliau turut menekankan kepentingan ketelusan dalam pengurusan projek, kepekaan terhadap aduan serta budaya kerja yang harmoni bagi memastikan kecemerlangan jabatan terus diperkukuhkan.Semoga semua pegawai dan kakitangan JPS Kedah terus komited dalam mengekalkan momentum kejayaan serta meningkatkan lagi kecemerlangan jabatan pada tahun 2025.