Bahagian Ukur Bahan dan Kontrak merupakan salah satu unit penting dalam organisasi Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah. Bahagian ini memainkan peranan utama dalam memastikan pelaksanaan kontrak dan urusan perunding berjalan dengan cekap dan teratur, selaras dengan dasar dan peraturan yang ditetapkan.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
Selamat datang ke laman web rasmi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Kedah.
Sebagai Ketua Bahagian Ukur Bahan dan Kontrak, saya amat berbesar hati untuk memperkenalkan bahagian ini yang memainkan peranan penting dalam menyokong misi jabatan untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti dalam pengurusan sumber air, pembangunan infrastruktur saliran, dan pengurusan risiko bencana berkaitan air.
Bahagian ini bertanggungjawab memastikan setiap aspek pentadbiran kontrak dan pengurusan tender dilaksanakan dengan telus, cekap, dan mematuhi peraturan yang ditetapkan. Melalui pembangunan sistem SMARTRAK, kami juga berusaha untuk memperkukuhkan pemantauan projek secara digital agar selaras dengan keperluan zaman teknologi kini.
Kami sentiasa komited untuk memberikan khidmat nasihat dan kepakaran terbaik kepada pihak jabatan, perunding, serta kontraktor dalam memastikan pelaksanaan projek berjalan lancar dan memberi manfaat kepada masyarakat. Kejayaan projek-projek yang diuruskan adalah bukti kecekapan dan dedikasi pasukan kami yang sentiasa berusaha ke arah kecemerlangan.
Akhir kata, saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan kepada bahagian ini dalam menjayakan tugas-tugas kami. Semoga laman web ini menjadi medium yang efektif untuk menyampaikan maklumat dan memudahkan urusan semua pihak yang berkepentingan.
Sekian, terima kasih.
Puan Nurafida binti Yaacob
Ketua Bahagian Ukur Bahan dan Kontrak
Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah
BIL | NAMA | JAWATAN | NO. TEL |
1. | Nurafida binti Yaacob | Juruukur Bahan J9 | 7337 |
2. | Mohd Adam bin Mohd Tajidi | Penolong Juruukur Bahan JA5 | 7343 |
HUBUNGI
Bahagian Ukur Bahan Dan Kontrak
JPS Negeri Kedah,
Tingkat 9, Bangunan Sultan Abdul Halim,
Jalan Sultan Sultan Badlishah,
05582 Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Telefon:
04-729 7337