Memberi respon terhadap sebarang aduan awam menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) berkenaan dengan masalah banjir, sungai, pantai dan saliran bandar dalam masa lima belas (15) hari bekerja.
Membekal data dan maklumat hidrologi dalam tempoh empatbelas (14) hari bekerja.
Memastikan bayaran bil dan invois dibuat tidak melebihi empat belas (14) hari dari tarikh penerimaan dokumen lengkap (melainkan dinyatakan sebaliknya dalam perjanjian kontrak).
Memberi khidmat nasihat/ulasan teknikal/maklumbalas dalam tempoh tidak melebihi empat (4) minggu.