Pengarah,
Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Selamat datang ke laman web rasmi Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah.
Laman ini disediakan sebagai platform rasmi untuk menyampaikan maklumat berkenaan fungsi, peranan serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh JPS Kedah kepada orang awam, agensi kerajaan, dan pihak berkepentingan yang lain. Adalah menjadi harapan kami agar laman ini dapat menjadi sumber rujukan yang bermanfaat dan mudah diakses oleh semua.
JPS Kedah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan pelbagai fungsi dalam bidang pengairan, saliran pertanian, kejuruteraan sungai, saliran bandar, kejuruteraan pantai, khidmat sokongan teknikal, serta pengurusan hidrologi dan sumber air. Semua usaha ini dilaksanakan bagi menyokong pembangunan pertanian serta pertumbuhan sosio-ekonomi negeri secara mampan dan berdaya saing.
Sebagai agensi utama dalam pengurusan sumber air dan infrastruktur saliran, JPS Kedah sentiasa komited untuk memberikan perkhidmatan yang cemerlang melalui perancangan, pelaksanaan dan pemantauan projek secara profesional dan berintegriti.
Kami amat mengalu-alukan sebarang pandangan dan cadangan membina daripada para pengunjung laman ini dalam usaha berterusan kami untuk menambah baik kualiti perkhidmatan dan penyampaian maklumat.
Terima kasih kerana melayari laman web JPS Kedah.
“Jayakan Perkhidmatan Sempurna”
Sekian, terima kasih.