BERITA

TAKLIMAT BERKAITAN PEMANTAUAN PERBELANJAAN PERUNTUKAN MENGURUS B13/28000 JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI KEDAH TAHUN 2025

ALOR SETAR (20 Mac 2025) – Taklimat Berkaitan Pemantauan Perbelanjaan Peruntukan mengurus B13/28000 JPS Negeri Kedah telah diadakan pada 20 Mac 2025 di Bilik Mesyuarat Jabatan Perhutanan Negeri Kedah. Mesyuarat ini dipengerusi oleh Timbalan Pengarah Kejuruteraan Gs. Baharudin bin Ahmad.

Mesyuarat pengurusan diadakan untuk membincangkan pemantauan perbelanjaan peruntukan mengurus dilakukan secara berkala untuk memastikan penggunaan dana adalah selaras dengan perancangan yang telah ditetapkan.