ALOR SETAR (09 September 2025) – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Kedah telah menerima kunjungan daripada pihak Jabatan Audit Negara (JAN) bagi pelaksanaan Pengauditan Bertemakan Perubahan Iklim khususnya dalam aspek Pengurusan Program Mitigasi Banjir.
Mesyuarat pengauditan ini telah dipengerusikan oleh Penolong Pengarah Kanan Korporat, Ir. Armizan bin Ariffin serta turut dihadiri oleh Penolong Pengarah Kanan Kejuruteraan, Penolong Jurutera Daerah Kubang Pasu/Padang Terap, Jurutera Projek dan pegawai-pegawai daripada Jabatan Audit Negara.
Seusai sesi perbincangan, pihak JAN bersama JPS telah mengadakan lawatan fizikal projek ke tapak-tapak projek terlibat iaitu:
- RTB Bandar Jitra Selatan
- RTB Sungai Pendang (Pakej 1 dan Pakej 2)
- RTB Sungai Kedah/Anak Bukit
Program pengauditan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan bagi memastikan pelaksanaan projek mitigasi banjir mencapai objektif, berkesan serta selaras dengan keperluan semasa perubahan iklim.