Alor Setar (05 Januari 2026) – Mesyuarat Pra-Pembinaan Projek Pengawalan Hakisan Pantai Di Kg. Sg. Pial Sehingga Ke Kg. Tanjung Dawai, Daerah Kuala Muda, Kedah telah berlangsung pada 05 Januari 2026 (Isnin) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, JPS Negeri Kedah.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Tuan Pengarah JPS Negeri Kedah, Ir. Ahmad Solihin Bin Budarto, dan dihadiri oleh wakil Bahagian Pengurusan Zon Pantai, JPS Malaysia, Ketua Penolong Pengarah (BPSPP) JPS Negeri Kedah, Jurutera Daerah JPS Kuala Muda/ Sik/ Baling, serta pihak kontraktor, Pembinaan Ismail Sdn Bhd.
Skop utama projek ini merangkumi perlindungan pantai melalui pembinaan benteng batu (rock revetment) dan groyne, penyuburan pasir pantai, serta penambahbaikan sistem saliran dan kerja-kerja mengorek kelodak.
Projek ini akan dijalankan selama 28 bulan dan secara rasminya bermula pada 14 Januari 2026.