BERITA

MESYUARAT PENGURUSAN JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI KEDAH BIL.1/2025

ALOR SETAR (18 Mac 2025) – Mesyuarat Pengurusan Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah bil.1/2025 telah diadakan pada 18 Mac 2025 di Bilik Mesyuarat Utama. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pengarah, Ir. Ahmad Solihin bin Burdarto. Tujuan utama mesyuarat ini adalah untuk membincangkan penyelesaian terhadap isu-isu operasi semasa serta merancang strategi yang lebih efektif dalam meningkatkan prestasi, keberkesanan, dan daya saing organisasi, seterusnya memastikan kelancaran pelaksanaan tugas serta pencapaian objektif jabatan.