ALOR SETAR (19 Mac 2025) – Mesyuarat Pembukaan bagi Pengauditan Pengurusan Pencegahan Hakisan Pantai dan Muara Sungai telah diadakan pada 19 Mac 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, JPS Kedah. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pengarah JPS Kedah, Ir. Ahmad Solihin bin Budarto.
Dalam mesyuarat ini, taklimat berkenaan Pengurusan Pencegahan Hakisan Pantai dan Muara Sungai JPS Kedah telah disampaikan oleh Penolong Pengarah Kanan (Korporat) dan Penolong Pengarah Kanan (BPSPP).
Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah Pengarah Audit Negeri Kedah, Puan Mazmiza binti Mihat, bersama enam orang pegawai dari Pejabat Audit Negara Negeri Kedah, Timbalan Pengarah (Kejuruteraan) JPS Kedah, Gs. Baharudin bin Ahmad, serta Jurutera Daerah dan Penolong Jurutera Daerah.