ALOR SETAR (26 FEBRUARI 2025) – Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Program Pembangunan (JPPP) Persekutuan dan JPS Kedah Bil 2/2025 telah diadakan pada 26 Februari 2025 di Bilik Mesyuarat Utama, JPS Kedah.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Tn. Pengarah JPS Kedah, Ir. Ahmad Solihin Bin Budarto dan dihadiri oleh Timbalan Pengarah (Operasi), Timbalan Pengarah (Kejuruteraan), Ketua-ketua Bahagian, Jurutera-Jurutera Daerah di JPS Kedah.
Mesyuarat ini membincangkan status kemajuan projek dan prestasi bulanan kemajuan perbelanjaan peruntukan pembangunan Persekutuan dan Negeri.