LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI PETRA KE PROJEK RTB SUNGAI PENDANG PAKEJ 1, KEDAH DI PENDANG, KEDAH
DSC_7876
DSC_7821
DSC_7817
DSC_7784
DSC_7736
DSC_7718
PENDANG (21 JANUARI 2025) – Yang Berhormat Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), telah melawat Projek RTB Sungai Pendang Pakej 1 di Kedah Darul Aman. Lawatan ini bertujuan untuk menilai perkembangan projek yang kini telah mencapai tahap 73.7% kemajuan fizikal.
Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah YBhg. Dato’ Ir. Rozman bin Mohamad, Timbalan Ketua Pengarah Sektor Pakar JPS Malaysia; Ir. Ahmad Solihin bin Budarto, Pengarah JPS Negeri Kedah; dan Timbalan Pengarah Bahagian Banjir JPS Malaysia.