LANGKAWI (19 FEBRUARI 2025) – JPS Kedah telah menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Program Pembangunan (JPPP) AP 182 JPS Malaysia Bil 1/2025 pada 19 hingga 20 Februari 2025 bertempat di Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi, Kedah.
Mesyuarat JPPP AP 182 Bil 1/2025 ini telah dipengerusikan oleh Dato’ Ir. Rozman bin Mohamad, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Pakar) JPS Malaysia dan telah dihadiri oleh Pengarah-Pengarah Bahagian, Pengarah-pengarah Negeri, Jurutera Projek dan agensi pemilik secara hybrid.