ALOR SETAR (18 Mac 2025) – Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) JPS Negeri Kedah bil. 1/2025 telah diadakan pada 18 Mac 2025 di Bilik Mesyuarat Utama. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pengarah, Ir. Ahmad Solihin bin Burdarto, dan bertujuan untuk membincangkan langkah-langkah proaktif dalam meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, serta memastikan pematuhan terhadap peraturan dan standard yang ditetapkan bagi melindungi kesejahteraan pekerja di jabatan ini.