Logo JPS Kedah (Wording)

BERITA

Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Kedah Sempena Sukan Dwi Tahunan

ALOR SETAR (08 September 2025) – Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Kedah Sempena Sukan Dwi Tahunan Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Kali Ke-17 yang akan berlangsung pada 19 hingga 21 September 2025 di Pulau Pinang telah disempurnakan oleh YB Dato’ Wira Haji Syed Khairol Anuar bin Syed Abidin, Pegawai Kewangan Negeri Kedah.

Majlis turut dihadiri oleh Pengarah JPS Negeri Kedah, Tuan Ir. Ahmad Solihin bin Budarto serta Timbalan Pengarah (Operasi), Encik Mohd Nazaruddin bin Ghazali yang memberikan sokongan dan semangat kepada para atlet.
Seramai 120 orang atlet JPS Kedah akan menyertai kejohanan ini. Selamat maju jaya diucapkan kepada seluruh kontinjen, semoga pulang dengan membawa kejayaan cemerlang.