Logo JPS Kedah (Wording)

BERITA

KURSUS PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN KONTRAK JPS KEDAH TAHUN 2026

Jitra,Kedah (11 Jun 2026) – Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah dengan kerjasama Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS) telah menganjurkan Kursus Pentadbiran dan Pengurusan Kontrak JPS Kedah Tahun 2026 pada 8 hingga 10 Jun 2026 bertempat di Dewan Kuliah 4, POLIMAS.

Majlis perasmian kursus telah disempurnakan oleh Pengarah JPS Negeri Kedah. Turut menyampaikan ucapan aluan ialah Ts. Sharul bin Che On, Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam, POLIMAS.

Kursus ini melibatkan penyertaan pegawai dan kakitangan daripada JPS Negeri Kedah, Pejabat Projek Persekutuan (PPP) Kedah, PPP Perlis serta pensyarah POLIMAS. Program ini bertujuan memperkukuh pengetahuan dan pemahaman peserta berkaitan aspek pentadbiran serta pengurusan kontrak dalam pelaksanaan projek.
 
Sepanjang kursus berlangsung, peserta telah menerima perkongsian ilmu daripada penceramah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia iaitu Sr. Norazam Hassan dan Puan Zaihartini Zahari yang berkongsi pengalaman serta amalan terbaik dalam pengurusan kontrak.
 
Semoga penganjuran program seperti ini dapat terus memperkasakan kompetensi warga kerja serta meningkatkan keberkesanan pelaksanaan projek demi penyampaian perkhidmatan yang lebih cemerlang.