Logo JPS Kedah (Wording)

BERITA

Kursus Keselamatan Tapak Bina oleh Unit KKP JPS Kedah

SUNGAI PETANI (08 September 2025) – Kursus Keselamatan Tapak Bina telah dianjurkan oleh Unit KKP JPS Kedah pada 8 September 2025 bertempat di The Jerai Hotel, Sungai Petani.

Seramai 30 orang ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) peringkat JPS Negeri Kedah, yang terdiri daripada wakil majikan dan pekerja di Ibu Pejabat serta JPS Daerah, telah menghadiri kursus ini.
 
Kursus ini turut dihadiri dan telah dirasmikan oleh Pengarah JPS Negeri Kedah, Ir. Ahmad Solihin bin Budarto, PJK.
 
Bagi mengisi pengisian kursus, pejabat ini telah menjemput wakil daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Negeri Kedah untuk menyampaikan ceramah. Objektif penganjuran kursus adalah:
a. Memberi pengetahuan dan kesedaran tentang kepentingan keselamatan dan kesihatan di tapak pembinaan;
b. Menggalakkan pematuhan terhadap peraturan keselamatan seperti Akta 520 serta Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) 1994);
c. Memastikan kerja selamat dapat dilaksanakan sekali gus mengurangkan kadar kemalangan di tapak pembinaan.
 
Akhir kata, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak urus setia serta semua yang terlibat dalam menjayakan kursus ini.