Logo JPS Kedah (Wording)

BERITA

JPS KEDAH PASANG 3 UNIT PAM BERGERAK DI POKOK SENA BANTU PESAWAH HADAPI KEMARAU

Alor Setar (18 Januari 2026) – Demi memastikan kelangsungan tanaman padi sewaktu musim kemarau ini, pasukan teknikal dari Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal (BPME) JPS Kedah telah berjaya menyiapkan pemasangan pam air tambahan di Kampung Nawa Budi, Pokok Sena.

 
Pada petang 15 Januari 2026, seramai 8 anggota kami telah mengerah keringat memasang:  
 
1 unit pam berkapasiti tinggi 5 cusec (140 liter/s). 
2 unit pam 2.5 cusec (70 liter/s).
 
Kesemua unit ini kini berada dalam status KESIAPSIAGAAN PENUH untuk beroperasi pada bila-bila masa bagi menyalurkan air ke kawasan sawah yang terjejas.
 
Komitmen kami adalah untuk memastikan pekebun dan pesawah mendapat bekalan air yang mencukupi.