BERITA

INSPEKTORAT PEMATUHAN KESELAMATAN PERLINDUNGAN DI JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN (JPS)

ALOR SETAR (17 Mac 2025) – Inspektorat Pematuhan Keselamatan Perlindungan di Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah diadakan pada 17 Mac 2025 bertempat di Bilik Perbincangan Hidrologi, JPS Kedah. Tiga pegawai dari Pejabat Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) hadir bagi menjalankan pemeriksaan di JPS Kedah.

Turut hadir, Timbalan Pengarah (Operasi), En. Mohd Nazaruddin bin Ghazali selaku Pegawai Keselamatan Jabatan (PKJ), serta semua Penolong Pegawai Keselamatan Jabatan (PPKJ) JPS Negeri Kedah yang telah dilantik.