BERITA

BENGKEL SISTEM PENGURUSAN PRESTASI (MYPERFORMANCE) DAN SASARAN KERJA UTAMA (SKU) JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI KEDAH

ALOR SETAR (9 Mac 2025) – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Kedah telah menganjurkan Bengkel Sistem Pengurusan Prestasi (MyPerformance) dan Sasaran Kerja Utama (SKU) pada 9 Mac 2025 bertempat di Dewan Persidangan, Tingkat 12, Bangunan Sultan Abdul Halim.

 
Bengkel ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah (Operasi), En. Nazaruddin bin Ghazali, yang dalam ucapannya menekankan kepentingan sistem pengurusan prestasi yang efektif bagi memastikan setiap individu dan bahagian di JPS Kedah dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
 
Taklimat bengkel telah disampaikan oleh En. Hafizy, bertujuan memperkukuh pemahaman peserta mengenai elemen-elemen dalam MyPerformance. Selain itu, bengkel ini turut membimbing peserta dalam penyediaan serta kajian semula SKU, agar selari dengan peranan, fungsi, dan objektif terkini Jabatan, serta memastikan setiap SKU individu dan Seksyen dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.
 
Bengkel ini dihadiri oleh Timbalan Pengarah (Kejuruteraan), pegawai-pegawai kanan, Jurutera Daerah, Penolong Jurutera Daerah, serta pegawai dari bahagian dan daerah JPS Kedah.