ALOR SETAR (19 Mac 2025) – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Kedah telah menganjurkan Bengkel Penyelarasan Sistem MyProjek pada 18 hingga 19 Mac 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat JPS Kota Setar/Pendang/Yan. Bengkel ini melibatkan penyertaan pegawai-pegawai dari Ibu Pejabat JPS Kedah serta JPS daerah.