ALOR SETAR (09 September 2025) – Audit Perjawatan dan Organisasi (AKPO) bagi agensi/jabatan di bawah seliaan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah diadakan pada 9 September 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat JPS Negeri Kedah.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Pengarah JPS Negeri Kedah, Ir. Ahmad Solihin bin Budarto. Turut hadir, Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Puan Sharhida Nazuha binti Saad, bersama-sama Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Perkhidmatan), Penolong Setiausaha Kerajaan (Pembangunan Organisasi), Timbalan Pengarah Operasi JPS Kedah, Penolong Pengarah Kanan (Khidmat Pengurusan) JPS Kedah, pegawai-pegawai JPS Negeri Kedah serta pegawai-pegawai dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia.
Pelaksanaan AKPO ini adalah bertujuan untuk menilai, menambah baik serta memastikan keberkesanan pengurusan organisasi dan perjawatan di agensi/jabatan di bawah seliaan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.