BERITA

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANTAUAN PROGRAM PEMBANGUNAN (JPPP) PERSEKUTUAN DAN JPS KEDAH BIL 1/2025

Mesyuarat JPPP Bil 1
Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Program Pembangunan (JPPP) Persekutuan dan JPS Kedah Bil 1/2025 telah diadakan pada 13 Januari 2025 di Bilik Mesyuarat Utama, JPS Kedah.
 
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Tn. Pengarah JPS Kedah, Ahmad Solihin Bin Budarto dan dihadiri oleh Timbalan Pengarah (Operasi), Ketua-ketua Bahagian, Jurutera-Jurutera Daerah dan Pejabat Projek Persekutuan di JPS Kedah. Mesyuarat ini membincangkan prestasi kemajuan perbelanjaan peruntukan pembangunan Persekutuan dan Negeri sehingga 31 Dis 2024 serta perancangan kerja bagi Peruntukan Persekutuan dan Negeri tahun 2025.