Logo JPS Kedah (Wording)

BERITA

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐀𝐌𝐀𝐍𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐉𝐏𝐒 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐈𝐋. 𝟑 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔

Cyberjaya (17 April 2026) – Pada 17 April 2026 bertempat di Dewan Serbaguna JPS Malaysia, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah telah menerima pengiktirafan melalui penyampaian sijil penghargaan atas pencapaian cemerlang:

  • Prestasi Pembayaran Bil dan Tuntutan dalam Tempoh 7 Hari sebanyak 100% bagi Tahun Kewangan 2025
  • Prestasi Pencapaian 100% Rancangan Kerja Tahunan (RKT) Tahun 2025

 

Majlis ini turut dihadiri oleh pegawai-pegawai JPS Negeri Kedah iaitu Pengarah JPS Negeri Kedah, Ir. Ahmad Solihin bin Budarto, Timbalan Pengarah (Operasi), Timbalan Pengarah (Kejuruteraan), Jurutera Daerah Kulim/Bandar Baharu, Penolong Pengarah Kanan (Korporat) serta Penolong Pengarah Kanan (Khidmat Pengurusan).
 
Pengiktirafan ini membuktikan komitmen berterusan JPS Negeri Kedah dalam memastikan tadbir urus kewangan yang cekap serta pelaksanaan perancangan kerja yang berkesan demi kecemerlangan perkhidmatan.