KEJURUTERAAN

Pengenalan

Bahagian Kejuruteraan

Bahagian Kejuruteraan di Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Kedah bertanggungjawab untuk merancang, merekabentuk, dan melaksanakan projek kejuruteraan yang berkaitan dengan pengurusan sumber air negeri. Bahagian ini memainkan peranan penting dalam memastikan pembangunan infrastruktur sungai, dan saliran bandar dapat dilaksanakan dengan cekap, selamat, dan selaras dengan keperluan teknikal serta perancangan pembangunan negeri.