Logo JPS Kedah (Wording)

TEMPAHAN BILIK MESYUARAT

GARIS PANDUAN TEMPAHAN DAN PENGGUNAAN BILIK MESYUARAT DAN BILIK MAKAN JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI KEDAH

1. Semua tempahan hendaklah dibuat terlebih dahulu melalui kaedah yang ditetapkan.
2. Pemohon perlu menyatakan tajuk mesyuarat, pengerusi mesyuarat, tarikh, masa dan bilangan kehadiran.
3. Keutamaan diberikan kepada mesyuarat rasmi jabatan
4. Penggunaan hendaklah mengikut tempoh masa yang telah diluluskan.
5. Sebarang perubahan hendaklah dimaklumkan lebih awal kepada Bahagian Khidmat Pengurusan untuk tindakan lanjut.
6. Pengguna hendaklah memastikan dokumen/bahan mesyuarat tidak ditinggalkan di dalam bilik mesyuarat setelah mesyuarat selesai.
7. Semua peralatan hendaklah digunakan dengan cermat.
8. Bilik hendaklah sentiasa berada dalam keadaan bersih sebelum dan selepas digunakan.
9. Susun atur meja dan kerusi hendaklah dikembalikan seperti asal.
10. Sisa makanan dan minuman tidak dibenarkan ditinggalkan di dalam bilik mesyuarat dan bilik makan.
11. Sebarang kerosakan hendaklah dilaporkan segera kepada Bahagian Khidmat Pengurusan.
12. Pastikan semua suis, penghawa dingin dan peralatan ditutup selepas digunakan.
13. Pintu bilik hendaklah ditutup dengan sempurna sebelum meninggalkan bilik dan memaklum kepada Bahagian Khidmat Pengurusan setelah mesyuarat selesai.

SEBARANG PERUBAHAN ATAU KESULITAN BERKAITAN BILIK MESYUARAT DAN BILIK MAKAN MESYUARAT JPS NEGERI KEDAH, SILA HUBUNGI EN. SYAMIL BIN SHAFIE DI TALIAN 04-702 5500 ATAU 04-702 5456.