Cyberjaya (17 April 2026) – Pada 17 April 2026 bertempat di Dewan Serbaguna JPS Malaysia, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah telah menerima pengiktirafan melalui penyampaian sijil penghargaan atas pencapaian cemerlang:
- Prestasi Pembayaran Bil dan Tuntutan dalam Tempoh 7 Hari sebanyak 100% bagi Tahun Kewangan 2025
- Prestasi Pencapaian 100% Rancangan Kerja Tahunan (RKT) Tahun 2025
Majlis ini turut dihadiri oleh pegawai-pegawai JPS Negeri Kedah iaitu Pengarah JPS Negeri Kedah, Ir. Ahmad Solihin bin Budarto, Timbalan Pengarah (Operasi), Timbalan Pengarah (Kejuruteraan), Jurutera Daerah Kulim/Bandar Baharu, Penolong Pengarah Kanan (Korporat) serta Penolong Pengarah Kanan (Khidmat Pengurusan).
Pengiktirafan ini membuktikan komitmen berterusan JPS Negeri Kedah dalam memastikan tadbir urus kewangan yang cekap serta pelaksanaan perancangan kerja yang berkesan demi kecemerlangan perkhidmatan.