Logo JPS Kedah (Wording)

BERITA

LAWATAN TEKNIKAL & PERKONGSIAN ILMU KESKIP JPS KEDAH KE BALING

Baling (5 Februari 2026) – Kelab Sukan Ibu Pejabat (KESKIP) JPS Negeri Kedah telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Projek Pembinaan Infrastruktur SABO di Lembangan Sungai Kupang, Baling, Kedah.

Lawatan ini bukan sekadar tinjauan biasa, tetapi satu sesi penghargaan kerana projek reka dan bina ini telah berjaya disiapkan SETAHUN LEBIH AWAL daripada tarikh jadual asal! 

Ahli-ahli KESKIP berpeluang melihat sendiri hasil kejuruteraan struktur SABO yang kini sedia berfungsi sepenuhnya untuk mengurangkan risiko bencana aliran puing (debris flow) di kawasan ini. Pencapaian menyiapkan projek mendahului jadual ini membuktikan komitmen tinggi dan pengurusan projek yang efisien oleh semua pihak yang terlibat.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada warga JPS Kedah dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.