Logo JPS Kedah (Wording)

BERITA

MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN (JKPAK) JPS KEDAH BIL. 4/2025

Alor Setar (7 Januari 2026) –Telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) JPS Kedah Bil. 4/2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, JPS Kedah.
 
Sesi ini telah dipengerusikan oleh Tuan Pengarah JPS Kedah, Ir. Ahmad Solihin bin Budarto, serta dihadiri oleh Timbalan Pengarah Kejuruteraan, Ketua-ketua Bahagian, dan Jurutera-jurutera Daerah.
 
Fokus utama mesyuarat adalah bagi membentangkan Laporan Suku Tahun Peruntukan yang merangkumi Perolehan Aset Alih, Aset Hidup, Aset Tak Ketara, serta Stok Kerajaan. Pemantauan berkala seperti ini amat penting bagi memastikan setiap aset negara diuruskan dengan sistematik dan mematuhi piawaian yang ditetapkan.