Logo JPS Kedah (Wording)

BERITA

MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKAUN (JPKA) JPS KEDAH BIL. 4/2025

Alor Setar (7 Januari 2026) – Telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan Dan Akaun (JPKA) JPS Kedah Bil. 4/2025 yang bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, JPS Kedah.
 
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Tuan Pengarah JPS Kedah, Ir. Ahmad Solihin bin Budarto ini bertujuan meneliti dan membincangkan laporan prestasi kewangan serta akaun jabatan bagi tempoh berakhir 31 Disember 2025.
 
Kehadiran barisan Timbalan Pengarah, Ketua-ketua Bahagian, dan Jurutera Daerah membuktikan komitmen jitu JPS Kedah dalam memastikan setiap peruntukan diuruskan dengan telus dan berintegriti demi kesejahteraan rakyat.