ALOR SETAR (30 September 2025) – YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah telah mengadakan lawatan kerja ke tapak Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Titi Kuala Sungai yang melibatkan kawasan Sungai Kedah/Anak Bukit Pakej 2 pada 30 September 2025. Lawatan ini bertujuan meneliti perkembangan semasa projek berkenaan, khususnya dari aspek keselamatan serta keberkesanan pelaksanaan dalam usaha mengurangkan risiko banjir yang boleh menjejaskan kesejahteraan penduduk setempat.
Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Dato’ Haji Mohd. Fauzi Mustaffa, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan); YB Dato’ Salleh Saidin, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan; YB Dato’ Mohammad Yusoff @ Munir Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar; YB Rashidi Razak, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Anak Bukit; serta YB Dr. Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi, Ahli Parlimen Kuala Kedah.