LANGKAWI (02 September 2025) – Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah Darul Aman dengan kerjasama Institut Latihan Keselamatan Perlindungan Malaysia (ILKEM) telah menganjurkan Kursus Profesionalisme Pegawai Keselamatan Jabatan (PJK) dan Penolong Pegawai Keselamatan Jabatan (PPKJ) pada 2 hingga 4 September 2025 bertempat di Hotel Langkapuri Resort, Langkawi.
Kursus ini telah menampilkan penceramah jemputan iaitu En. Anuar bin Seran, Pengarah Keselamatan Kerajaan dari Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (KPKK) Negeri Kedah dan En. Mohd Khairolsyaril bin Bakarudin dari Pejabat KPKK Negeri Kedah.
Majlis perasmian kursus telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah (Operasi) JPS Negeri Kedah, En. Mohd Nazaruddin bin Ghazali.
Peserta kursus terdiri daripada Pegawai Keselamatan Jabatan (PJK) dan Penolong Pegawai Keselamatan Jabatan (PPKJ) di bahagian serta daerah JPS Negeri Kedah. Penganjuran kursus ini bertujuan meningkatkan tahap profesionalisme, pengetahuan serta kompetensi pegawai keselamatan dalam melaksanakan tanggungjawab dan peranan di jabatan.