ALOR SETAR (27 FEBRUARI 2025) – Dalam usaha menyemarakkan kedatangan bulan Ramadan yang mulia, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Kedah telah mengadakan Program Kerohanian pada 27 Februari 2025 (Khamis) bertempat di pejabat JPS Negeri Kedah.
Program dimulakan dengan Bacaan Yasin yang dipimpin oleh Timbalan Pengarah Operasi JPS Kedah, Tuan Mohd Nazaruddin bin Ghazali, diikuti dengan ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Zulfahmi Zamzam bin Md. Ishak dari Pusat Pengajian Darul Hadis.
Selain pengisian rohani, program ini juga turut menyediakan pemeriksaan mata oleh Leeyana Optometry Alor Setar, sebagai usaha menjaga kesejahteraan kesihatan warga kerja JPS.
Program ini dihadiri oleh pegawai-pegawai JPS Negeri Kedah dengan tujuan memperkukuhkan persediaan rohani dalam menyambut Ramadan serta mempereratkan ukhuwah sesama warga kerja.
Semoga program seperti ini terus menjadi amalan untuk manfaat bersama. Terima kasih kepada semua yang terlibat!