PROGRAM INTERVENSI PEMERKASAAN KELESTARIAN KOMUNITI TERHADAP ALAM SEKITAR & PERUBAHAN IKLIM

7 FEBRUARI 2026 (SABTU)
 
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Kota Setar / Pendang / Yan telah bersama-sama terlibat dalam Program Intervensi Pemerkasaan Kelestarian Komuniti Terhadap Alam Sekitar & Perubahan Iklim melalui aktiviti Pembersihan Pesisiran Pantai Kuala Sala, Kedah.
 
Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) melalui Bahagian Sumber Air serta penglibatan aktif penduduk Kampung Kuala Sala dan pelbagai agensi berkaitan.
 
Program ini bukan sahaja bertujuan membersihkan kawasan pesisiran pantai, malah menjadi medium pendidikan dan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan menjaga alam sekitar secara lestari, khususnya dalam memastikan kelestarian sumber air. Kawasan pesisir dan saliran yang bersih memainkan peranan penting dalam mengurangkan pencemaran air, mengawal banjir, serta memelihara ekosistem akuatik untuk generasi akan datang.
 
Melalui usaha bersepadu seperti ini, diharap kesedaran awam terhadap tanggungjawab bersama dalam menjaga alam sekitar dapat dipertingkatkan, seterusnya menyokong pengurusan sumber air yang mampan dan berdaya tahan terhadap perubahan iklim.
 
Alam terpelihara, air terjamin, kesejahteraan bersama.