MAJLIS PERJUMPAAN YANG BERHORMAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN BERSAMA PENJAWAT AWAM DAERAH YAN TAHUN 2026

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Kota Setar/Pendang/Yan telah menghadiri Majlis Perjumpaan Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman Bersama Penjawat Awam Daerah Yan Tahun 2026 pada 19.01.2026 yang berlangsung di Dewan Dato’ Madi, Yan.
 
Majlis ini telah dihadiri oleh Jurutera Daerah JPS Kota Setar/Pendang/Yan, Tuan Ir. Gs. Mohd Zulkarnain bin Sahat, bersama Timbalan Jurutera Daerah, Tuan Mohd Amiruddin bin Abd. Razak, serta kakitangan JPS Daerah Yan
 
Penganjuran program seumpama ini amat bertepatan sebagai platform penyampaian maklumat secara langsung berkaitan dasar, peranan dan tanggungjawab penjawat awam, di samping memperkukuh kefahaman terhadap agenda pembangunan negeri.
 
Program ini juga berupaya meningkatkan semangat kerja berpasukan serta memantapkan nilai integriti dan profesionalisme dalam penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.